Thursday 11 October 2012

JADIKAN SOLAT SEBAGAI PENOLONG HIDUPMU



Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungna besar Nabi Muhammad, kaum kerabat baginda,para sahabat r.a dan seterusnya para pengikut baginda sehinggalah hari kiamat.
Tanya pada diri..adakah anda ini adalah mukmin yang sejati di mata Allah?seorang mukmin yang haq mempunyai sifat-sifat berikut: 

·        ------ jiwanya merasa takut apabila mendengar seseorang menyebut nama Allah s.w.t di hadapannya atau     apabila orang lain mengingatkannya dengan nama Allah.
·         ------keimanannya bertambah-tambah apabila ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya
·        -------berserah diri dan bertawakal hanya kepada Allah
·         -------Mendirikan Solat

sudahkah kita berbakti kepada ibu bapa? 
sudahkah kita berbuat baik kepada orang lain? 
sudahkah kita bersedekah kepada golongan miskin? 
sudah menuntut sebahagian daripada ilmu Allah yang maha luas? 
sememangnya semua yang dipersoalkan itu adalah amalan baik yang mendatangkan ganjaran pahala yang besar yang mungkin kita tidak Nampak dengan mata kasar.  tapi sayangnya dan amat malanglah andai semua amalan yang telah dilakukan itu tidak diterima Allah..apakah syarat amal seseorang itu dinilai dan diterima Allah??? syaratnya adalah SOLAT..
tidak diterima sesuatu amal dari seseorang, melainkan dia mengerjakan solat.

Nabi s.a.w pernah bersabda:
“permulaan amalan yang diperiksa dari amalan seseorang hamba pada hari kiamat ialah solatnya.  diperhatikan benar-benar solatnya.  maka jika betul urusan solatnya, dia akan beroleh kemenangan.  jika tidak betul urusan solatnya, rugi dan sia-sialah usahanya.”
(hadis riwayat at Thabrani dari anas r.a., at targhib)

“wahai segala mereka yang beriman, ambillah pertolongan dalam menegakkan segala rupa taat, menjauhkan segala jenis maksiat, dengan sabar dan solat, bahawasanya Allah beserta orang-orang yg sabar”
                                                                                                                           (al-Baqarah : 153)

Peliharalah Solatmu. Allah Akan Memeliharamu.  Solat Itu Tiang Agama. Andai Runtuh Solat. Runtuhlah Agama.  Solat adalah Suatu Perbuatan Ibadah Yang Luarbiasa Di Mana Menjadi Penolong Hidup Dan Cahaya Dalam Perjalanan Hidup Kita Di Dunia Yang Penuh Tipu Daya Ini.

Wednesday 4 July 2012

cara mandi wajib dengan betul..


1. Niat mandi wajib ("sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala")

2. Basuh dua tangan dengan sebanyak 3 kali

3. Beristinjak dengan tangan kiri

4. berwuduk dengan sempurna

5. Tuangkan/basahkan air di atas kepala sebanyak 3 kali (pastikan air sampai hingga ke pangkal rambut)

6. Meratakan air ke atas tubuh (mulakan dengan anggota kanan, pastikan air sampai ke pusat, celah-celah      jari, dua telinga, kedua belah ketiak, antara dua pangkal paha, belakang lutut)

Selepas mandi disunatkan membaca:

 
Ertinya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya , dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya.

Sunday 1 July 2012

kejadian menakjubkan tatkala Rasulullah s.a.w dilahirkan


Suasana hening subuh begitu damai dan dan amat menenangkan setiap jiwa insan di dunia. diiringi dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa..keadaan alam pada ketika itu kelihatan seolah-olah ingin menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk mekah sebelum ini.

Lahirnya bayi yang mulia itu dan disambut oleh keluarga bani Hashim. kelahiran nabi muhammad telah memadamkan api-api keramat kaum majusi negeri Parsi di kuil-kuil yang selama ini 1000 tahun tidak terpadam semenjak ianya dihidupkan.

Tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi juga menggoyang dan mnyebabkan menaranya terus roboh. berhala-berhala di sekitar kaabah retak dan bergoncangan. Muhammad lahir dengan panji-panji risalah terakhir dari Allah untuk umat manusia.

Cahaya dari tubuh Muhammad terpancar naik ke dada langit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya. para pendeta pada ketika itu mendapat mimpi yang menakutkan berikutan kelahiran baginda di dunia. ketika kelahiran, bayi mulia itu tersunat dan tali pusatnya sudah terpotong.ketika lahir ke dunia. beliau berkata "Allahuakhbar! Alhamdulillah, Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam."

Sesungguhnya kelahiran nabi ini adalah di bawah perencanaan Allah

sumber: biografi agung Rasulullah

peristiwa menakjubkan sebelum kelahiran nabi Muhammad


Semasa Rasulullah berada dalam kandungan. ibu baginda, Aminah tidak pernah merasa susah sebagaimana yang dialami oleh ibu-ibu lain yang hamil..kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika Aminah sedang tidur.  malaikat telah mengatakan kepada Aminah bahawa beliau sedang mengandungkan seorang nabi dan penghulu kepada seluruh umat manusia. selain itu, tanda kehamilannya ialah dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam alam rahim Aminah, Allah telah memerintahkan malaikat membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi..Tanah-tanah di persekitaran kawasan yang kering terus menjadi subur, pohon-pohon kayu mulai rimbun dan berbuah dengan lebat..berita ini juga begitu heboh dalam kalangan hidupan haiwan-haiwan di darat dan di laut..

Tentera bergajah menyerang kota mekah. apabila hampir sampai ke kota mekah, gajah-gajah tersebut tiba-tiba berhenti dan berundur dengan izin allah. datang burung-burung ababil membaa ketulan batu dari tanah yang terbakar menghancurkan mereka dan menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.

Aminah mengalami mimpi yang amat menakjubkan di mana beliau menadah tangan ke langit dan melihat malaikat turun dari langit yang luas itu.  ia umpama kapas putih yang terapung di angkasa.  kemudian malaikat itu berdiri betul-betul di hadapannya seraya berkata" khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. pueta itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia, namakan dia AHMAD."

sumber: biografi Agung Rasulullah

Friday 22 June 2012

setiap perkataan ditulis oleh malaikat

Assalamualaikum..tahu tak?
Setiap perbuatan dan perkataan yang dikeluarkan ditulis dan dicatat oleh malaikat..
for instance, apa kata kita check balik post-post facebook kita yang lepas-lepas...adakah perkara kebaikan atau sebaliknya??
Sekiranya post-post kita adalah benda baik-baik..kata-kata yang berunsur dakwah..tidak mustahil orang yang membaca post kita akan berubah ke arah kebaikan..dah jadi satu pahala buat kita..bayangkan pula setiap ayat-ayat yang ditulis di baca oleh beribu-ribu pembaca, kita tdak tahu kita memperoleh pahala yang berganda-ganda..bayangkan sekiranya kita meninggal dunia..tetapi perkara kebaikan yang kita sebarkan pada waktu kita hidup dijadikan panduan, ia juga sentiasa dibaca oleh ramai orang..tahukah anda pahala itu akan terus bertambah dan bertambah sehinggalah hari kiamat..indah bukan?
contohnya dalam laman sosial sperti youtube..banyak ceramah-ceramah dari ustaz-ustazah yang berdakwah menyebarkan ajaran Islam..jika mereka-mereka ini meninggal dunia..akan dicatat kebaikan kepada mereka ketika ada manusia-manusia yang mendengar ajaran mereka..kebaikan-kebaikan itu akan terus dicatat sehinggalah hari kiamat..selagi pengajaran mereka didengar dan diamalkan oleh manusia di dunia, selagi itulah pahala mereka dicatat dan terus bertambah.. 

Tapi...bayangkan pula andai sekiranya kita ada menyebarkan fitnah, kata-kata yang dibenci Allah, perkara-perkara keburukan yang merosakkan diri dan masyarakat...Astaghfirullah..terseksa lah kita apabila kita sudah meninggal dunia..dosa itu akan terus bertambah dan bertambah sehinggalah hari kiamat..sebenarnya besar keuntungannya menjadi golongan-golongan pendidik seperti guru, ustaz/ustazah, pensyarah dll. setiap pengajaran dan bermanfaat ada ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan Allah..
antara hadis-hadis yang berkaitan>>> 

Daripada Ibnu Mas'ud r.a katanya, : " Rasulullah saw bersabda' " Sesiapa yangmenunjuk kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melakukannya." (Maksud hadis riwayat muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a katanya : " Bahawa Nabi saw bersabda, " Seutama-utama sedekah ialah orang muslim yang belajar ilmu dan kemudian mengajarkannya kepada saudaranya yang muslim."
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda : " Apabila seorang manusia itu mati, maka terputuslah amalannya daripada nya kecuali tiga perkara , sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang dan anak solehyang mendoakannya..(maksud hadis riwayat Muslim)

Daripada maksud ayat di atas, ternyata tugas menyampaikan dan menyebarkan perkara kebaikan bukanlah golongan-golongan ulama sahaja..kita sebagai khalifah di muka bumi ini bertanggungjawab untuk sama-sama mengeluarkan manusia dari kepompong kejahilan ke arah cahaya kebenaran..
Nabi Muhammad pernah bersabda:
sampaikanlah (daripadaku) walaupun satu ayat..

Wednesday 20 June 2012

only HIM


Penciptaku
aku mencintaiMu
Dia Maha Agung
Maha Besar
aku mencintaiMu
cintaku padaMu adalah lebih hebat dari mana-mana perasaan cintaku pada yang lain
Tidak pernah mengecewakan aku
aku mencintaiMu
cukuplah Engkau bagiku
sentiasa ada tidak kira di mana jua hambaNya berada
sentiasa mendengar pada waktu aku bahagia
sentiasa mendengar ketika aku derita
aku mencintaiNya
yang Maha Pengampun
yang Maha Penyayang
yang Maha Mendengar
yang Maha Suci
yang Terawal
yang Terakhir
Penciptaku 
aku mencintaiMu sepenuh jiwa ragaku.. 


Monday 18 June 2012

menunggu ramadhan..

Assalamualaikum..!!honestly i cant wait for this becoming Ramadhan.!!how about you eh.?!


The memories I miss the most…its still fresh in my mind..masak- masak dgn mak utk juadah berbuka..suasana bazaar ramadhan..the sound of azan and the gathering.. solat terawih kat masjid ramai3.. ahhh…n all dat was really touched me..skrg nk ckap tentang malam yang lebih baik dari 1000 bulan..its really exciting to me bcz I believe about the miracle of dat malam lailatul qadar..
ibadah yang dilakukan pada bulan itu adalah kelebihan untuk kita..sangat rugi lah kalau kita lalui ramadhan cmtu saja..kita tdak tahu Allah sediakan ganjaran yang berlipatganda dengan setiap kebajikan dan ibadah yang kita lakukan di bulan ramadhan..if kita boleh nampak pahala2 yang Allah bagi, mungkin semua makhluk kt muka bumi ni bertungkus lumus mrebut peluang cari pahala-pahala trsebut.. ada hikmahnya Allah rahsiakan semua itu..Allah nak lihat sejauh mana cinta dan kasih kita pada Dia..adakah kita ikhlas?adakah kita bersungguh2 dalam menggapai cinta Allah?
Ada satu malam di mana Allah telah merahsiakan kemunculannya..iaitu malam lailatulqadar! Tidak sabar rasanya menunggu dan mencari malam lailatulqadar..seperti mana yang sudah dijelaskan dalam kitab suci Al-quran surah Al-Qadar (ayat 1-6) yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar.  Apakah yang dimaksudkan dengan malam al-qadar itu?” malam al-qadar adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.  Turunlah malaikat dan rohnya dengan izin Allah, selamatlah malam itu hingga terbit fajar.”
Allah juga ada berfirman dalam surah al-qadar, pada malam itu turun malaikat- malaikat dan malaikat jibril dengan izin Allah untuk mengatur segala urusan..
Percayalah dengan segala firman Allah dalam Al-quran..sesungguhnya setiap ayat dalam al-Quran adalah benar2 belaka..Sekiranya kita percaya dan beramal dengan penuh kekhusyukan di sepanjang bulan itu..nantikanlah keajaibannya!nantikanlah rahmat Allah yang akan dilimpahkan..nantikanlah pertolongan Allah yang akan datang..mungkin Allah akan tunjukkan rasa cintaNya kepada hamba2Nya dengan tidak dijangka2 oleh akal dan fikiran manusia..
Ayuh persiapkan diri untuk tingkatkan lagi ibadah kita pada bulan ramadhan!! Tidak mustahil untuk kita mendapat keberkatan dan keajaiban malam lailatulqadar…insyaALLAH..

Monday 7 May 2012

tanah suci kota mekah..


seorang demi seorang sahabatku telah menjejakkan kaki mereka ke tanah suci..amat untunglah bagi mereka yang berpeluang untuk ke sana..masihkah aku punya peluang untuk menyahut panggilanMu ya Allah.?rinduku pada tanah suci sudah tidak tertahan lagi..hanya gambar kaabah menjadi temanku di bumi malaysia ini..tapi, bila difikirkan kembali, aku tidak layak untuk berdiri di tanah suci itu..Sesungguhnya, diri ini serba berdosa!
tenang..damai..bahagia..lapang dada dan sayu aku melihat gambar itu ya Allah!
aku hanya mampu menatap gmbar kaabah itu dengan linangan air mata..entah sempat, entah tidak untuk aku menjejakkan kakiku ke sana..
minda ini terus tergambar kisah2 rasul junjungan umat manusia seluruh alam..alangkah gembiranya aku andai diri ini diberi peluang untuk bertemu baginda nabi muhammad s.a.w..
subhanallah..rindunya aku padamu ya Rasulullah..
ingin sekali untuk berpijak di jabal nur yang menjadi tempat turunnya wahyu pertama Allah kepada baginda..
ingin sekali menunaikan ibadah di masjid nabi yang tersergam indah di tanah suci kota mekah..
ingin sekali merasakan bagaimana persekitaran di bukit uhud iaitu tempat nabi dan sahabat2 berjuang demi menegakkan kebenaran ..
ingin sekali aku berada di tempat pertemuan nabi adam dan hawa..
ingin sekali aku merasakan pengorbanan siti hajar dan nabi ibrahim di bukit safar dan marwah..

aku mohon permudahkanlah aku untuk melihat keagungan tanah suci di hadapanku..insyaAllah aku akan berusaha untuk sampai ke sana..aku hanya merancang..hanya Allah yang maha Menentukan..

Monday 16 April 2012

Indahnya takdir Allah




" Kadang-kadang Allah sengaja sembunyikan kita matahari,
Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi buat kita.."


Hidup ini seindah lautan,..luasnya terbentang..indahnya mempesona..ketika disentuh dari tebingnya begitu sejuk dan tenang..damainya mendorong untuk kita untuk lebih mendekati pertengahan lautannya..namun untuk sampai di tengah lautan, hanya insan yang kental sahaja yang bisa mengharungi ombak dan badai demi memperoleh kedamaian hakiki..namun apakah kita merasakan telah ditetapkan kita untuk terus berada di tebing kehidupan itu...adakah kita hanya merelakan takdir itu menemani nafas hidup ini tanpa makna.. 

TAKDIR..anugerah Allah ini adalah salah satu rukun iman bagi setiap jiwa bergelar muslim.. hanya mukmin yang beriman dengan takdir iaitu qada’ dan qadar Allah sahaja yang merasai keindahan takdir Allah..adalakanya datang dugaan-dugaan tertentu yang dirasakan tidak mampu untuk dihadapi..tatkala Allah menduga kita dengan ujian-ujian yang tiba, mungkin hati merasa gelisah..mungkin hati merasa begitu derita dan ada yang kufur sehingga menyalahkan Pencipta..
Redhalah dan terimalah dugaan (takdir) itu dengan keikhlasan dan hati yang terbuka..ingatlah..Allah sedang mempersiapkan yang terbaik buat kita..insyaALLAH akan tiba apa yang dijanjikan Allah bila smpai waktunya..adakalanya kehadiran perjanjian Allah itu tidak terlintas oleh hati dan akal manusia..

Adakalanya kita tidak dapat menerima ketentuan Tuhan yang Satu..kita sebagai penghuni bumi sementara ini tiada kuasa untuk menentukan kehidupan..Dia sahaja yang maha kuasa dalam menentukan titik noktah penghidupan hambaNya.
pada saat kebangkitan kelak..bukanlah pencapaian hidup yang akan disoal..hanya amalan-amalan sepanjang kehidupan ini yang akan di bawa sebagai bekalan..Mungkin kita telah berusaha sebaik mungkin, namun ketentuan Allah yang maha Kuasa telah tercatat bahawa kita bukanlah orangnya untuk mencapai apa yang diimpikan..terimalah ketentuan itu dengan penuh keredhaan.. penting sekali…jangan berputus asa dalam mendapatkan rahmat Allah..

Firman Allah dalam kitab suci Al-quran: 
Allah menghapuskan apa jua dikehendakinya dan dia jugalah menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (surah Ar-raad, ayat 39)
Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (surah mukmin, ayat 60)
Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda mengenai percaturan takdir ini:
'takdir itu tidak akan berubah kecuali dengan doa..dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik’ (riwayat tirmizi)’

Oleh itu…
Laluilah petir kehidupan dengan penuh ketabahan..
Laluilah badai yang meribut dengan keterbukaan..    
Dan, berdoalah untuk mencapai selautan ketenangan..
berdoalah untuk merasai luasnya kenikmatan iman..
semoga kita memperoleh sejuta pelangi yang indah di setiap hela nafas kehidupan.. 
Hakikatnya, bukan usaha sahaja yang membawa kita kepada kejayaan dan kebahagiaan hidup kita..sentiasalah berdoa..sesungguhnya, Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba2Nya..

Tuesday 3 April 2012

di mana syurgamu..

Selamat datang sahabatku :) hari ini ingin aku menyusuri bahtera liku-liku perjalanan kehidupan seorang si anak..Pejamkanlah matamu..tenangkan fikiran..ayuh imbas kembali kehidupan di zaman kanak2 dulu..indah bukan? Rasanya ingin sekali diulang kembali waktu itu..namun, hidup ini perlu diteruskan..
apabila melihat keadaan diri ini..Alhamdulillah! diri ini sudah meningkat dewasa dengan sempurna..sesungguhnya, segalanya adalah hasil pengorbanan kedua orang tuaku yang xpernah bputus asa menyempurnakan hidup ini..sekarang, dapatkan sedikit waktu ini untuk membayangkan wajah ibu ayah kita..mungkin ada yang sudah tua..ada yang masih lagi sihat..mungkin juga ada yang sedang tabah berperang dengan penyakit yg dialami mereka..kini, dirimu sudah menjadi insan bijak pandai..dirimu telah diangkat oleh masyarakat..juga memiliki kediaman yang tersergam indah..serta telah berumahtangga dan mempunyai suami/isteri yang diidamkan..
Apakah kita tahu segala2nya yg diperoleh itu adalah berkat dari DOA seorang ibu?!
Apakah kita yakin kehidupan ini akan terus bahagia sehingga keseluruh keturunan sedangkn diri mengabaikan mereka?
Apakah kita yakin akan memperoleh zuriat yang soleh/solehah sedangkan kita lupa segala pengorbanan seorang ayah pada waktu ketika dahulu.?
Tatkala mereka mula menjengah usia tua..ada yang mencemuh kekurangan si ibu yang sudah tidak mampu memenuhi hasrat anaknya..ada yang menghina si ayah yang dianggap menyusahkan hidupnya..sudah menjadi lumrah insan tua..kudratnya sudah tidak bermaya..tiada lagi daya untuk menyempurnakan kehidupan anak2nya..tutur bicara yang dulunya penuh hikmah namun kini sudah melepaskn kata mengikut gerak bibir sahaja..tubuh yang berbau tua sudah cukup membuatkan dirimu jijik untuk mendekati mereka.. ada yang begitu sibuk dengan urusan membahagiakan rumahtangga sendiri serta tidak pernah merasakan cukup demi mencari kemewahan dunia.. pada ketika itu si ibu mula memujuk diri sendiri..si ibu begitu sabar menahan dari tertitisnya linangan air matanya kerana tidak sanggup membiarkan anaknya menjadi anak derhaka..pada ketika itulah si ayah meminta kekuatan dari Ilahi..segalanya kerana anak2 yang disayangi mula menyepi..
Apakah yang akan terjadi?? Andai si ibu telah dipanggil mengadap Ilahi..andai si ayah sudah menutup mata..tiada gunanya lagi untuk disesali..pada ketika itu, dirimu mula menyalahkan takdir, mula menghukum diri yang jahil sebagai seorang anak..menangislah air mata darah sekalipun..masanya telah pun tiba..tiada pengulang waktu..tiada pengubat mati..segalanya telah tertulis..
Lembutkanlah hatimu..andai dirimu adalah anak yang pernah menyisihkan ibumu, ingatlah..ia adalah dosa besar bagi kita yang menderhaka kepada mereka..

Daripada Abu Hurairah r.a dalam sebuah hadis Imam Muslim..Rasulullah bersabda yang bermaksud:       
 “ Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah! Maka Rasulullah ditanya : siapakah orang yang amat malang itu ya Rasulullah?  Baginda menjawab: seseorang yang mendapati kedua-dua ibu-bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (kerana gagal berkhidmat kepada mereka)   

Berbaktilah dan berilah kasih sayang kepada mereka sementara mereka masih hidup..janganlah apabila mereka sudah meninggal dunia, barulah kita mula tidak putus2 menjaga keadaan kubur mereka, barulah kita mahu membina nisan terbaik.  Barulah kita hendak meratapi kesalahan2 lalu..segalanya adalah terletak dalam genggamanmu untuk memilih yang terbaik..

Tuesday 27 March 2012

Keajaiban al-Fatihah (pembukaan)


1.               Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. 
2.           Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
3.           Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
4.           pemilik hari pembalasan.
5.           Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon      pertolongan.
6.           Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7.           (iaitu) Jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan)       mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


makna bacaan ni dipetik dari Rasm Uthmani ~ ALHIDAYAH HOUSE OF QUR'AN SDN BHD.

kalau nak nyatakan tentang fadilat surah ini amatlah banyak..tetapi apa yang penting adalah dengan mengetahui makna di sebalik surah al fatihah ini..ketujuh-tujuh ayat ini ada erti yang sangat mendalam yang penuh dengan rahsia..tidak hairanlah ramai ulama2 yang tak jemu2 memberi tafsiran yang panjang walaupun surah ini hanyalah mempunyai tujuh ayat..
kenapa kita diwajibkan untuk membaca surah ini di dalam solat?? semestinya ada seribu rahsia yang tersirat di dalamnya bukan.? 
Baginda Rasulullah pun pernah bersabda;
membaca al-Fatihah pahalanya seperti sepertiga al-Quran..

masih segar dalam ingatan..dahulu solatku hanya sekadar membaca surahnya tetapi langsung tidak mengetahui apakah makna bacaan2nya..hanyalah kumat kamit di bibir dan duduk bangun tubuh yang bergerak tanpa makna..astaghfirullah..betapa jahilnya aku..pada waktu itu hati ini langsung tidak merasakan diri ini sedang berhadapan dan (berinteraksi) dengan ALLAH..namun aku terus melakukan perkara yang sama..bersolat dan terus bersolat tanpa ketahui maknanya..aku hairan..aku bingung..mengapa tiada apa-apa perubahan yang berlaku walaupun aku berusaha untuk memelihara solatku...kini aku sedar! bagaimana Allah ingin memberi pertolongan kepadaku?? sedangkan  aku sendiri tidak mengetahui apa yang telah dituturkan! aku juga tidak tahu apa yang aku pohonkan! 
alhamdulillah ya Allah..aku masih punya kesempatan untuk mengetahui apa makna sebenar ibadahku selama  ini..apabila aku meneliti satu persatu makna yang tersirat di sebalik surah ini..subhanallah..amat besar dan luas maknanya..lebih luas dari selautan dunia..aku akui ALLAH MAHA PEMBERI PERTOLONGAN..sekiranya kita benar2 ikhlas inginkan walau hanya satu dalam hal kebaikan, InsyaALLAH Dia akan memberimu seribu pertolongan dan keajaiban yang mungkin tidak pernah dijangka oleh hati dan akal manusia..
bayangkanlah ketika dirimu berdiri mengangkat takbir..kemudian, setelah takbiratul ihram selesai..dengan lafaz bismillah..al fatihah pula menyusul..minda ini mula membayangkan makna2 disebalik bacaan al Fatihah yang dituturkan..nauzubillah..terasa ianya bagai pintu yang terbuka luas dan berhadapan dengan sesuatu Kebenaran..pada ketika itu aku semakin yakin dengan pertolonganMu..aku semakin rindu kasih sayangMu..aku semakin takut dengan keEsaan Mu ya ALLAH.. 
makna al-Fatihah (pembukaan) ini sudah cukup untuk memberiku peringatan dalam kehidupan sementara ini..namun, masih banyak lagi kalam Allah yang tidak aku ketahui rahsianya..akan kucuba sedaya upayaku untuk mendapatkan makna seluruh bacaan solatku selama ini..yakinlah..Allah akan sentiasa permudahkan urusanmu sekiranya dirimu benar2 inginkannya..dan yakinlah dengan segala pertolonganNya..sememangnya..Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba2Nya..janganlah berputus asa dalam mendapatkan rahmat ALLAH..   


Saturday 17 March 2012

mampukah aku...



Hatiku terdetik untuk menuju ke rumah Allah..hati ini memerlukan ketenangan..hati ini perlukan Allah..hati ini dambakan kasih sayang Maha Esa..aku melangkah dengan penuh pengharapan agar apa yang aku lakukan ini mendapat belas kasihan dan pertolongan dari Penciptaku..langkahku terhenti ketika itu..mataku ligat memerhati keadaan sekeliling..tidak jauh dariku ada sekumpulan wanita di situ..aku melihat keadaan diri ini dan penampilan mereka sama seperti aku..berseluar panjang dan memakai tshirt..cara percakapan dan gelak tawa mereka juga seperti aku..entah mengapa perasaan kecewa dan sedih datang bertalu2..hinanya aku..tertunduk aku memikirkan apakah sudah cukup dengan semua ini untuk mengadap Allah?? 
Kemudian, mataku tertumpu pula kepada sekumpulan wanita berjubah yg dilitupi purdah..perbualan mereka penuh dengan kesopanan..seperti dilindungi oleh sesuatu..alangkah bahagianya andai sekiranya aku adalah salah seorang daripada mereka..dengan tiba2 hatiku terus tenang seketika walaupun aku hanya melihat gerak geri mereka dari jauh..penampilan dan perwatakan mereka membuatkan aku terfikir..bilakah aku akan menjadi seperti mereka? apakah aku punya kekuatan untuk mengubah imejku seperti itu? aku menahan sebak mempersoalkan kemampuanku...
Ya Allah..aku hanya wanita biasa..masih jauh dari sifat2 wanita yang dijanjikan syurga..aku wanita yang hidup dalam arus dunia moden..zaman yang penuh dengan tipu daya..tapi aku bersyukur dianugerahkan insan mulia seperti ibu dan ayahku kerana telah memberikan didikan dan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi..
Sememangnya aku bukanlah wanita yang sempurna..banyak larangan2 Allah yang telah aku lakukan..banyak perintah2 Allah yang telahku abaikan..masih lagi bertabaruj (berhias) apabila berhadapan dengan dunia luar..wajah yang masih tidak lekang dengan palitan solekan..masih ingin menampakkan diri ini cantik di mata manusia..masih lagi tidak bersyukur dengan pemberian Ilahi..cara pemakaian sudah cukup untuk melihat tahap keimanan seseorang..ternyata tahap keimananku masih cetek..ssungguhnya aku malu dengan kekasihMu ya Allah..
Aku sedar..bukan wanita yang tidak bertudung sahaja yang perlu berubah..insan bertudung sepertiku juga perlu berubah..bertudung ini bukanlah syarat yang mencukupi untuk menjadi bidadari syurga..tetapi bertudung itu perlulah mengikut syariat Islam..bukan mengikut peredaran semasa....aku masih tidak punya kekuatan untuk mengubah diriku kearah itu..berikanlah aku kekuatan itu ya Rabbi..
apakah sehingga aku menghembuskan nafas terakhir aku masih juga begini???
Aku sedih!! aku bimbang!! memikirkan wanita lain di luar sana yg masih hanyut dalam kancah kemaksiatan..
Aku sayang mereka!  selamatkanlah kami dari azab seksa api neraka Mu yg amat dasyat itu..
Aku sayang mereka! masih ada di antara kami yang menjadikan kecantikan diri bermaharajalela tanpa batasan agama..masih ada yang ujub dan bongkak dengan berhias demi tatapan nafsu kaum adam di luar sana..
Aku sayang mereka ya Allah!.......masih ada juga yang merelakan maruah mereka dinodai apabila hanyut dengan cinta manusia yang bernafsukan syaitan..aku memohon padaMu ya Allah agar selamatkanlah kaum hawa di akhir zaman ini..selamatkanlah kami ya Allah...

Tuesday 13 March 2012

sahabat untuk selamanya..

Indahnya hidup jika dikelilingi sahabat sejati..memiliki sahabat sejati merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada kita kerana sahabat mencerminkan tingkahlaku kita, sahabat boleh mewarnai kehidupan kita..kan3?=) segalanya terpulang kepada kita samada mempengaruhinya ataupun kita sendiri yang terikut2 dan cenderung untuk bertingkahlaku seperti dia..
memang betol lah org cakap kn orang yang baik akan memperoleh sahabat yang baik.. nabi pun pernah bersabda yang bermaksud perumpamaan dua orang bersaudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya (riwayat al dailami)
semoga kita memperoleh sahabat yang sejati yang boleh membimbing kita ke syurga ALLAH..bukan sahabat yang mendorong kita ke lembah kehinaan..namun, kita juga bukan lah semaksum nabi untuk memiliki sahabat yang begitu sempurna..masing2 ada kelemahan masing2..sekiranya sahabat dilanda masalah, berusahalah untuk membuat dia tersenyum..belajarlah bersahabat dengan keikhlasan..bukan bersahabat untuk mendapatkan ganjaran..
sekiranya sahabat berada dalam kelalaian, berusahalah untuk memperingatinya, bimbinglah dia dengan memberi makna hidup yang sebenar..sekiranya terasa tidak mampu..BERDOALAH...sesungguhnya ALLAH menyukai hamba2NYA mendoakan kebaikan untuk saudaraNYA..
semoga kita menjadi sahabat yang baik yang boleh mempengaruhi sahabat lain untuk mengikut kebaikan kita..bukan mngajak sahabat mengikut keburukan kita..




tips2 untuk menjadi sahabat sejati yang disukai ALLAH =)


berakhlak baik, akal yang baik..berbudi pekerti..menjaga hubungan dengan ALLAH (pelihara solat)..insyaALLAH sekiranya baik hubungan kita dengan ALLAH, baiklah hubungan kita dengan makhlukNya..tidak berputus asa mengajak sahabat melakukan kebaikan..lakukanlah     dengan kelembutan.


peliharalah keaibannya..mungkin ada sahabat yang pernah menceritakan kejahilan dan keburukan dirinya kepada kita..akan ada suatu ketika kita berkecil dengannya..syaitan mula berbisik supaya kita menceritakan keaibannya kepada orang lain..pada saat itulah ALLAH menguji kita samada untuk memilih menjadi sahabat sejati atau sahabat yang hipokrit..segalanya terpulanglah kepada kita untuk memelihara aibnya ataupun sebaliknya..Baginda rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang menutup keburukan(aib) saudaranya maka ALLAH akan menutup keburukannya di akhirat kelak (riwayat ibnu majah)


sentiasa mengalah apabila berlaku salah faham..mengalahlah demi menjaga hubungan persahabatan walaupun terpaksa berkorban hati dan perasaan..itulah yang terbaik..


sentiasa menghargai pertolongan yang diberi oleh sahabat..sekiranya sahabat tidak mampu utk memberi pertolongan kepada kita..janganlah berkecil hati..anggap saja ia dugaan dr ALLAH agar kita menjadi lebih kuat menghadapi kehidupan mendatang..


peliharalah lisanmu ketika berbicara dengan sahabat..fikir sejenak sebelum berbicara kerana kata2 yang akan dismpaikan itu akan membuat sahabat tidak selesa dan sebaliknya..berjenaka pula biarlah dengan kesederhanaan supaya sama2 tidak hanyut dibuai kelalaian..


oleh itu...berhati-hatilah kita dalam memilih sahabat dan bersahabatlah kerana ALLAH~



Monday 12 March 2012

kun fayakun~



salam..:) jom senyum....tetaplah tersenyum walau apa pun ujian yang datang..mungkin ALLAH telah tetapkan kita perlu hadapi ujian tersebut..kun fayakun..

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman : "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an..
jangan pula merasa gundah walaupun datangnya ujian yang amat berat bagimu..terimalah dengan penuh keredhaan..kita tidak tahu Allah telah mempersiapkan yg terbaik untuk hamba2NYA..para malaikat di atas sana akan mendoakan utk kita sekiranya kita tabah dan terus mengharapkan pertolongan ALLAH..begitu juga hidupku..kadang2 ada ujian yang amat berat untuk ditanggung..apabila terasa ujian itu tidak tertanggung, bisikkan di hatimu..aku punya ALLAH..ALLAH maha memahami segala isi hatiku..

ketika kesejukan malam menusuk..gagahkan dirimu mengadap Pencipta..
pada ketika itulah Dia tidak akan menolak segala rayuanmu...
pada  ketika itulah dia setia mendengar segala keluh kesahmu..
menangislah kamu di hamparan sejadah..
sesungguhnya Dia Maha Mengasihi dan Maha Mengasihani...
janganlah khuatir terhadap segala apa yang bakal berlaku..sabarlah menanti pertolongan Tuhanmu..Dia tidak akan mengecewakan hamba2NYA..:)

ingatlah dan salinglah memperingati bahawa kita dibawa ke bumi hanya sekadar memenuhi panggilan hidup, sabarlah dgn segala ujian yang datang..kita hanya menuunggu pengakhiran kehidupan sementara yang penuh tipu daya ini untuk dpersembahkan di pentas pengadilan kelak..ayuh persiapkan diri..segalanya atas kemahuan diri..katakanlah mahu wahai hati..

Saturday 10 March 2012

nikmatnya kemanisan iman itu..


Alhamdulillah..diriku masih dberi kesempatan untuk terus hidup di dunia akhir zaman ini..hmm..mungkin ada di antara kita pernah merasai nikmat kemanisan iman..alangkah rindunya aku akan perasaan itu..mungkin juga ada di antara kita yang tidak pernah merasai nikmat itu..kemanisan iman adalah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.. 
bayangkan kita merasai gula yang manis tetapi kita sahaja yang merasainya..memang mudah untuk membicarakan apakah rasanya terhadap gula tersebut..tetapi sukar untuk mengungkap nikmat kemanisan gula itu..


persis juga nikmat kemanisan iman..
kemanisan iman itu hanya dirasai oleh insan yang tawaduk dalam diri..
kemanisan iman itu hanya dinikmati oleh insan yang benar-benar tidak putus asa mengharapkan rahmat ALLAH.. 


Apakah kita layak untuk merasai kemanisan iman yang telah dijanjikan Allah untuk hambaNya?
Adakah Allah telah mengampuni segala dosa2 kita?
Adakah kita insan yang bahagia di akhirat sana?
Ya Allah..kami tiada upaya..sesungguhnya iman kami hanyalah senipis kulit bawang..bila digugat pastinya terkoyak..peliharalah iman kami agar sentiasa menebal dan utuh menjadi benteng daripada kejahatan..


sabda Rasulullah s.a.w
“Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Andai sekiranya seseorang lelaki atau wanita itu menyintai pasangannya (suami isteri) hanya semata-mata demi untuk menggapai redha Allah SWT, nescaya hubungan itu akan menyuburkan wangian keimanan dan menerbitkan sakinah (ketenangan), mawaddah (rasa kasih), dan rahmah (rasa sayang)..


Bilal bin Rabah, adalah di antara sahabat yang cekal dan kental setia bersama Rasulullah mempertahankan Islam hingga akhir hayat. Biarpun disiksa dan diugut supaya kembali kepada kekufuran, kembali mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala, tetapi keimanannya begitu menebal hingga sukar untuk dipujuk rayu atau disiksa lagi. Dia tidak tergugat walau sedikit pun.


itulah makna kemanisan iman yang sebenar..
sesiapa sahaja berpeluang merasai nikmat kemanisan iman ini..asalkan niat di hatinya ingin menggapai redha Allah. Insya Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...